in

JDT didenda RM120,000 gara-gara penyokong nyalakan suar

WhatsApp Image 2023 07 06 at 7.19.36 PM 2
Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) didenda RM120,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan penyokong skuad itu menyalakan suar di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI, 6 Julai – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda berjumlah RM120,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan penyokong skuad itu menyalakan suar dalam tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2023 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, surat hukuman bagi kesalahan itu sebenarnya sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei lalu.

Keputusan hukuman terhadap skuad Harimau Selatan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Baljit Singh Sidhu pada 30 Mei lalu.

“Bagi perlawanan Liga Super, JDT menentang Sabah pada 31 Mac lalu, JDT didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya membakar suar dalam anggaran 10 unit dan didenda RM10,000 kerana kelab itu didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.

“Seterusnya, bagi perlawanan Liga Super, JDT melawan Kedah pada 9 April, JDT didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya membakar suar secara serentak dengan jumlah 30 unit dan didenda RM10,000 kerana JDT didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.

“Bagi perlawanan Piala FA, JDT menentang PDRM pada 14 April lalu, JDT didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya menyalakan 29 unit suar secara serentak dan didenda RM10,000 kerana gagal mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong,” katanya di sini hari ini.

Noor Azman dalam pada itu berharap dengan pemakluman itu dapat memberi penjelasan kepada umum tindakan dan hukuman sudah diambil oleh FAM bagi kesalahan membakar dan menyalakan suar yang sememangnya masih dikuatkuasakan dalam Kod Tatatertib FAM.

“Adalah sekarang menjadi amalan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tidak membuat sebarang kenyataan media selepas keputusan dibuat,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 06 at 5.36.24 PM

UnIPSAS tawar sambung pengajian guna pengalaman kerja

WhatsApp Image 2023 07 06 at 6.45.36 PM

KPDN Terengganu sita empat lori bawa diesel bersubidi