in ,

PEKEBUN DAN PETANI GREEN HOUSE DIGALAKKAN MENGAMALKAN TANAMAN TANPA RACUN SERANGGA – SULTAN PAHANG

704121193 1525197122389017 7300687404680785899 n

CAMERON HIGHLANDS 23 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya para pekebun dan petani yang mengusahakan tanaman secara rumah hijau (green house) di Cameron Highlands mengamalkan kaedah pertanian tanpa penggunaan racun serangga serta bahan kimia berbahaya.

Sesungguhnya, amalan pertanian yang lebih selamat, moden dan mesra alam amat penting bagi memastikan hasil tanaman yang berkualiti tinggi, selamat dimakan serta mampu memelihara kelestarian alam sekitar di kawasan tanah tinggi berkenaan.

Menurut Paduka Baginda, pihak Kerajaan Belanda (Netherlands) bersama syarikat-syarikat dari negara itu telah banyak berkongsi input, teknologi serta kaedah pertanian moden yang bernas kepada para petani di Cameron Highlands dalam usaha meningkatkan mutu serta produktiviti hasil pertanian tempatan.

Malah, pendekatan pertanian moden yang diperkenalkan termasuk penggunaan teknologi pintar dan kaedah kawalan biologi mampu membantu para petani mengurangkan kebergantungan terhadap racun serangga dan bahan kimia berbahaya.

Sehubungan itu, Paduka Baginda turut menyarankan agar Kerajaan Negeri serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus mengkaji dan memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam sektor pertanian moden bagi meningkatkan keyakinan para petani di bumi Pahang untuk beralih kepada sistem pertanian yang lebih mampan dan berteknologi tinggi.

Usaha tersebut adalah penting bagi memastikan pengeluaran hasil tanaman yang lebih berkualiti, berdaya saing serta kompetitif untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa, sekali gus memperkukuhkan sektor pertanian negeri sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara.

Disamping itu, Paduka Baginda turut berharap para petani di negeri ini dapat memanfaatkan segala ilmu, teknologi dan kepakaran yang dikongsikan demi memastikan sektor pertanian di Cameron Highlands terus berkembang secara mampan, moden dan berdaya saing.- KESULTANAN PAHANG

hm11jamahh 1779240288

Penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia tiba esok