in

JDT tewaskan Selangor

Aksi berintensiti tinggi dipamerkan kedua pasukan sebaik perlawanan bermula yang menyaksikan JDT lebih kerap menguasai permainan

ISKANDAR PUTERI, 29 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan ke-18 berturut-turut bagi mengekalkan rekod tanpa kalah.

Aksi berintensiti tinggi dipamerkan kedua pasukan sebaik perlawanan bermula yang menyaksikan JDT lebih kerap menguasai permainan.

JDT hampir memecah kebuntuan pada minit ke-14 apabila bola rembatan Muniz memaksa penjaga gol, Samuel Sommerville menepis bola keluar.

Aksi berintensiti tinggi dipamerkan kedua pasukan sebaik perlawanan bermula yang menyaksikan JDT lebih kerap menguasai permainan

Harimau Selatan terlepas peluang untuk mencipta gol pada minit ke-24 selepas gerakan dimulakan Arif Aiman Hanapi gagal disempurnakan Akhyar Rashid.

Anak didik Tan Cheng Hoe tampak enggan mengalah sebaliknya bertindak melakukan serang balas pada minit ke-32 namun usaha Mukhairi Ajmal Mahadi dinafikan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Selepas berhempas pulas untuk mencari jaringan, akhirnya ia membuahkan hasil pada minit ke-78 apabila bola sepakan lintang pemain gantian, Oscar Arribas menyaksikan Fernandes bertindak menampan bola seterusnya menewaskan Sommerville, lapor BH.

Ketika aksi memasuki minit akhir perlawanan, Bergson menyudahkan sepakan penalti bagi memastikan kemenangan 2-0 memihak skuad Harimau Selatan dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Ifedayo wira Sang Kenari

IMG 20230730 WA0008 1

UMP kini dikenali sebagai UMPSA