in

Ibnor Riza ‘ditidurkan’ untuk pembedahan

Gambar ihsan IG Ibnor Riza

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Penyanyi bersuara lunak era 1980-an, Ibnor Riza, 62, yang diuji penyakit kanser limfoma tahap empat, ditidurkan untuk menjalani pembedahan pada kepala.

Berita itu dikongsi penyanyi Nizam Laksamana menerusi perkongsian pada Facebook (FB), malam tadi.

“Kawan-kawan yang dikasihi. Saudara kita, Ibnor Riza ditidurkan bagi tujuan pembedahan di kepala.

“Ini dibuat bagi mengeluarkan air yang ada di kepala di mana ia beri tekanan dan kesakitan yang amat,” tulisnya menurut laporan BH Online.

Melalui hantaran itu, Nizam yang terkenal dengan lagu ‘Gugurnya Bunga Cinta’ turut memaklumkan Ibnor dijadual menjalani pembedahan pada jam 9 malam tadi.

Justeru, Nizam memohon peminat Ibnor agar mendoakan kesejahteraan kepada sahabatnya itu.— nasionalkini.my

PAS menang bergaya di Kemaman

Tugas besar menanti Dr Sam