COMELNYA..
Demikian antara bait-bait keterujaan warga maya sebaik sahaja menatap gambar putera sulung, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra di laman instagram Ijo_ kelmarin.
Kelahiran putera sulung yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra sememangnya dinanti-nanti kerana ia bagai penyeri bagi sesebuah rumah tangga.
Diputerakan pada 17 Julai 2023, Tengku Muhammad Johan Petra dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Che Puan Sofie turut memuat naik foto terbaru cahaya matanya memakai romper baju Melayu yang kelihatan cukup comel.
Baginda turut memuat naik foto baginda suami isteri dan Tengku Muhammad Johan berbaju Melayu rona pastel.
Rata-rata warga maya teruja dengan perkongsian berkenaan sambil menitipkan doa agar putera membesar dengan sihat. -nasionalkini.my