TERMA & SYARAT

Terma & Syarat ini mengatur penggunaan platform “Nasional Kini” dan Perkhidmatan (seperti yang dinyatakan selepas ini) yang disediakan oleh Seo Marketing Ent Sdn Bhd.

Dengan menggunakan Platform ini dan melanggan Perkhidmatan yang disediakan, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sila baca dengan teliti Terma & Syarat ini sebelum melanggan Perkhidmatan dan menggunakan Platform kerana ia mengandungi syarat dan kewajipan undang-undang yang mengikat.

AKSES KATA LALUAN DAN AKAUN

Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat akaun anda adalah terkini dan tepat.

Sebagai pemegang akaun Nasional Kini, anda akan mempunyai akses dan kawalan ke atas akaun anda. Akaun anda mengandungi beberapa maklumat sensitif seperti maklumat langganan, kaedah pembayaran dan maklumat pembayaran. Untuk memastikan maklumat dan privasi anda terjaga, sila jangan berikan kata laluan anda atau maklumat pembayaran anda kepada sesiapa pun.

Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sesiapa yang meminta maklumat kad kredit atau maklumat lain dalam akaun anda. Anda dinasihatkan untuk mengakses maklumat akaun anda dengan pergi terus ke http://www.nasionalkini.my dan bukan melalui pautan hiperlink dalam e-mel atau komunikasi elektronik tertentu.

DATA PERIBADI & NOTIS PRIVASI

Dengan melayari Platform, mendaftar ke akaun nasional kini, anda dengan ini membenarkan Syarikat dan/atau anak syarikat dan/atau syarikat bersekutu (secara kolektif) untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi anda (seperti yang yang diperuntukkan di Bahagian 4 Perlindungan Data Peribadi Malaysia Akta 2010).

PENAFIAN DAN BATASAN TANGGUNGJAWAB

Perkhidmatan diberikan kepada anda secara “sebagaimana adanya” dan tanpa jaminan atau syarat.

Anda bersetuju bahawa penggunaan Platform Perkhidmatan oleh anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang, Syarikat dan pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, wakil dan/atau ejen Syarikat menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, yang berkaitan dengan penggunaan Platform dan Perkhidmatan. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela dan melepaskan Syarikat, pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, wakilnya dan/atau ejen dari sebarang tuntutan, termasuk fi guaman, yuran dan kos yang dibuat oleh dan bagi pihak ketiga sehubungan dengan atau timbul daripada penggunaan Perkhidmatan atau timbul daripada pelanggaran Terma & Syarat di sini oleh anda.

UNDANG-UNDANG & BIDANGKUASA

Terma & Syarat ini adalah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan segala perselisihan yang berkaitan dengannya adalah tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah di Malaysia.