in ,

Penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia tiba esok

hm11jamahh 1779240288

MAKKAH: Seramai 31,243 jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M sudah selamat tiba di Tanah Suci menerusi 99 penerbangan, setakat hari ini.

​Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, baki jemaah daripada keseluruhan kuota 31,600 orang dijadual tiba menerusi penerbangan terakhir pada jam 9.10 malam esok waktu tempatan.

​Beliau berkata, ketibaan penerbangan ke-100 itu bakal melengkapkan fasa kemasukan kesemua jemaah haji negara ke Madinah dan Jeddah dengan menggunakan perkhidmatan sewa khas AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

​”Operasi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) berjalan lancar dengan kebajikan serta keselamatan jemaah terus menjadi keutamaan.

​”Kita mahu mengangkat pengurusan haji negara ke satu tahap lebih tinggi sehingga menjadi penanda aras dunia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

​Antara penambahbaikan operasi tahun ini termasuklah penyediaan bas ulang-alik percuma 24 jam bagi jemaah yang menginap dalam radius satu hingga 1.5 kilometer dari Masjidil Haram, selain peningkatan fasiliti seperti katil sofa, khemah penebat haba dan sistem pendingin hawa yang lebih sistematik di Masyair.

plastik 1779068820

Tabung Haji perkenal bekas makanan bertingkat, sedia 10 menu baharu