in

Van Dijk kena denda 100,000 pound, gantung satu lagi perlawanan

IMG 20230909 111934 800 x 500 pixel
Gambar oleh Agensi

LIVERPOOOL, 9 September – Virgil van Dijk digantung satu lagi perlawanan serta didenda 100,000 pound (RM585.66 juta) kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap pengadil ketika perlawanan menentang Newcastle dua minggu lalu.

Kapten Liverpool itu dilayangkan kad merah kerana menghalang peluang menjaringkan gol apabila mengasari pemain Newcastle, Alexander Isak, tetapi dia kemudian mempersoalkan keputusan pengadil, John Brookes serta penolong pengadil, Craig Pawson.

Van Dijk melabelkan keputusan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan mengambil masa untuk meninggalkan padang, sebelum terus merungut ketika memasuki terowong di St James’ Park.

Pemain Belanda itu digantung ketika kemenangan Liverpool ke atas Aston Villa, tetapi kini terpaksa juga melupakan kunjungan ke Wolves minggu depan.

“Pemain pertahanan itu mengakui yang dia bertindak tidak sopan dan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29.

“Penggantungan tambahan ini diputuskan oleh Suruhanjaya Peraturan bebas. Kenyataan bertulis penuh berkenaan kes ini akan diterbitkan dalam masa terdekat,” kata Persatuan Bolasepak Inggeris.

“Ia bukan sesuatu yang biasa bagi saya. Tetapi ia tetap kad merah. Saya tidak pernah mendapatnya di Liverpool, dan saya rasa hanya empat kali sepanjang karier saya,” kata Van Dijk.

Liverpool, yang ketinggalan 1-0 ketika Van Dijk dilayangkan kad merah, bangkit meledak dua gol menerusi pemain gantian, Darwin Nunez.

The Red menang 3-0 ke atas Aston Villa hujung minggu lalu dengan Joe Gomez dan Joel Matip mengemudi benteng mereka.

Van Dijk akan beraksi untuk Belanda dalam kempen kelayakan Euro 2024 menentang Ireland esok.- nasionalkini.my

IMG 20230623 014429 800 x 500 pixel

Bursa Malaysia dijangka terus alami dagangan berhati-hati

IMG 20230909 112545 800 x 500 pixel

Raja Muda Selangor tawan Kilimanjaro