in ,

UnIPSAS tawar sambung pengajian guna pengalaman kerja

WhatsApp Image 2023 07 06 at 5.36.24 PM
Dr Mohd Zawani mewakili UnIPSAS menunjukkan hasil jalinan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dilakukan antaranya bersama Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Pahang (Pinta), di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), hari ini.

OLEH: AD Zafir

KUANTAN, 6 Julai – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) berhasrat melebarkan akses pengajian tinggi melalui tawaran menggunakan pengalaman dalam bidang kerja atau profesion tertentu kepada mereka  yang berhasrat melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Naib Canselor UniPSAS, Prof Madya Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, tawaran tersebut dibuat selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk melaksanakan pembelajaran Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL).

Menurutnya, peluang tersebut dibuka kepada mereka yang tidak mempunyai sijil kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi contohnya kepada lepasan sekolah pondok, tahfiz dan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk cacat penglihatan.

“Kita tahu ada segelintir individu tiada kelayakan (sijil akademik), tapi berdasarkan pengalaman yang mereka ada mungkin  kayak untuk menyambung pelajaran di sini.

“Kita akan adakan temuduga dan ada panel yang akan menilai sejauh mana kelayakan mereka bagi menentukan sama ada individu itu boleh menyambung pelajaran sama ada di peringkat diploma, ijazah atau sarjana mahupun doktor falsafah (PHD),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Perasmian Program Sesi Jelajah Agensi Kelayakan Malaysia bersama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT), Zon Timur, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu tadi, disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri,  Datuk Seri Ir Mohd Soffi  Abd Razak sekali gus mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

UnIPSAS turut mengambil peluang menjalinkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama lima agensi iaitu Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis); Pertubuhan Sahabat Huffaz Pahang,  Persatuan Pondok Turath Pahang, Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Pahang (Pinta) dan  Politeknik Sultan Ahamd Shah (POLISAS).

Jalinan kerjasama itu bertujuan menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan di antara UnIPSAS dengan universiti tersebut. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 06 at 5.36.21 PM

Bapa campak dua anak elak rentung

WhatsApp Image 2023 07 06 at 7.19.36 PM 2

JDT didenda RM120,000 gara-gara penyokong nyalakan suar