in

KPDN Terengganu sita empat lori bawa diesel bersubidi

WhatsApp Image 2023 07 06 at 6.45.36 PM
aharuddin (kanan) bersama penguat kuasa KPDN memeriksa sebuah lori yang disita.

KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel sekitar Paka dan Kerteh, hari ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, sebuan menerusi OP TIRIS itu melibatkan empat serbuan berasingan yang dijalankan di tiga buah stesen minyak dan sebuah setor pengumpulan minyak diesel.

Katanya, serbuan tersebut turut disertai 11 anggota penguat kuasa KPDNT Terengganu yang dibantu 12 anggota PDRM Terengganu dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Terengganu, dua dari Ibu Pejabat Daerah Dungun serta dua dari Ibu Pejabat Daerah Kemaman.

WhatsApp Image 2023 07 06 at 6.47.34 PM
Saharuddin (kanan) memeriksa tangki berisi minyak diesil yang diubah suai untuk aktiviti penyelewengan tersebut

“Kejayaan menumpaskan aktiviti berkenaan adalah hasil risikan yang telah dilakukan selama sebulan sebelum itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian, pasukan serbuan telah menahan empat buah lori yang sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki yang diubah suai dan menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 45,630 liter selain beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan pemindahan minyak diesel,” katanya.

WhatsApp Image 2023 07 06 at 6.44.08 PM
Saharuddin berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM313,104.50 menerusi serbuan berkenaan di sekitar Paka dan Kerteh, Terengganu.

Saharuddin berkata, minyak diesel, kenderaan lori tangki, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM313,104.50,” katanya.

Menerusi serbuan tersebut, tiga individu lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an yang juga mengaku sebagai pemandu lori berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta dibaca bersama Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM 1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM 2 juta,”tambahnya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 06 at 7.19.36 PM 2

JDT didenda RM120,000 gara-gara penyokong nyalakan suar

uzur wanti 1

Bekas wartawan uzur terlantar akibat radang paru-paru kronik