in ,

Peneroka FELDA tidak terjejas dengan EUDR – Duta Besar EU

felda

KUALA LUMPUR 10 Mei – Peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak terjejas dengan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Ini kerana menurut Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas, peserta projek FELDA itu tidak terbabit dalam usaha pembasmian hutan bagi membuka ladang-ladang baharu sejak 1990.

Jelasnya, EUDR hanya melibatkan tanah-tanah yang dibersihkan mulai 1 Januari 2021.

“Oleh itu, peraturan ini tidak terpakai kerana ladang-ladang (peneroka) di bawah FELDA tidak melakukan sebarang pembasmian hutan sejak 1990,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog minyak sawit anjuran kedutaan EU di Malaysia dan Kelab Koresponden Asing Malaysia yang mengutarakan kebimbangan mengenai peraturan berkenaan.

Secara dasarnya, EUDR menetapkan syarikat-syarikat pengeksport perlu mengeluarkan laporan usaha atau ketekunan wajar dengan maklumat disahkan bahawa komoditi itu tidak ditanam di kawasan tanah yang dibersihkan selepas 2020.

Mengulas lebih lanjut, Rokas berkata EUDR diperkenalkan oleh EU pada November 2021 bagi mengehadkan penebangan hutan akibat penggunaan komoditi serta produk pertanian dari seluruh dunia.

“Peraturan ini hanyalah undang-undang alam sekitar dan EU mahu menyumbang kepada usaha memerangi perubahan iklim dan pemuliharaan hutan.

“Malah, ia adalah peraturan yang adil dari segi matlamat pembangunan lestari manakala pemilihan lapan komoditi yang disenaraikan di bawah EUDR dibuat berdasarkan kajian saintifik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan bahawa peraturan itu bertujuan melindungi kepentingan pasaran minyak bijian yang tidak mampu bersaing dengan minyak sawit. – nasionalkini.my

mat sabu

Mat Sabu lantik lima pengerusi baharu di bawah kementeriannya

Untitled design 14

Beri peruntukan kepada pembangkang – PAS