in

Ziarah Kasih penduduk Jengka 3

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

MARAN, 15 Jun – Program Ziarah Kasih sudah menjadi tradisi pusat khidmat masyarakat DUN Kuala Sentul.

Kebanyakan program itu disusun dengan baik oleh pasukan pusat khidmat berkenaan bagi memastikan setiap penduduk yang memerlukan, mendapat perhatian ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Semalam, program berkenaan diteruskan di FELDA Jengka 3, dekat sini.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

Jasri bersama petugas pusat khidmat masyarakat DUN Kuala Sentul menunaikan solat Jumaat di masjid FELDA itu.

Selesai solat Jumaat, mereka menziarahi rumah Mohd Azrul Jusoh, 34, dan Mohd Fazli Ajahari, 18 yang terlibat dengan kemalangan motosikal.

Seterusnya, Jasri bersama pasukannya menyantuni Shaari Damhuji, 80, dan Bedah Hasan, 77.

Kemudian mereka menziarahi Saliah Mad Noor yang kematian anak berusia 3 tahun akibat dihempap pokok kelapa.

Jasri berharap semua penduduk berkenaan dipermudahkan urusan seharian dan sentiasa dilindungi Allah SWT. – nasionalkini.my

Anwar sumbang lembu korban untuk masjid Beserah

Abidin calon PN di Sungai Bakap