in

JDT menang lagi

JDT meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi - Gambar oleh MFL

ISKANDAR PUTERI, 9 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan kali ke-16 berturut-turut selepas menundukkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

Malang buat NSFC apabila Casagrande tidak dapat meneruskan permainan dan pengendali pasukan itu, K Devan terpaksa memasukkan R Aroon Kumar.

Ketika aksi memasuki minit ke-20, gol dicari JDT terhasil berpunca bola sepakan percuma Velazaquez menyaksikan Feroz Baharuddin menanduk bola masuk menewaskan Sikh Izhan.

Selepas jaringan JDT itu, barisan anak didik Devan seolah-olah enggan melancar serangan untuk memburu penyamaan sebaliknya lebih gemar `berkampung’ dengan 10 pemain berada di kawasan sendiri bagi mengelak gawang dibolosi, lapor BH.

Walaupun pasukan pelawat mengamalkan corak `parkir bas’ tapi gawang anak didik Devan bolos juga selepas bola sepakan percuma Velazquez dari jarak 25 meter pada minit ke-43 tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Sikh Izhan untuk meletak tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Tindakan berani Arif Aiman melakukan rembatan bola dari jarak pada minit ke-84 hampir memerangkap Sikh Izhan yang terpaksa menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Penang ‘belasah’ Kelantan

Sabah menang tipis lawan Kuching City