in

Waris mangsa tragedi kepala air terima cek sumbangan kerajaan Pahang

Sabariah (kiri) menyerahkan cek sumbangan kerajaan Pahang kepada waris mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih dekat Kemaman, awal bulan lalu

KUANTAN, 2 Ogos – Waris mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih dekat Kemaman Terengganu, awal bulan lalu menerima cek sumbangan kerajaan Pahang, petang tadi.

Penyerahan cek itu dilakukan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’Sabariah Saidan di perkarangan kediaman waris mangsa di FELDA Lepar Hilir 3, dekat sini.

“Saya berharap keluarga dan waris mangsa terus tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.

Dia berkata, sumbangan cek bagi waris dan keluarga mangsa itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tragedi kepala air itu meragut nyawa pasangan suami isteri, Karim Abdullah dan Azizah Eiyi serta anak mereka, Putri Balqis Izzati, 18; Putri Alleya Maisarah, 16; Putri Nor Fatin, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal; Putri Nurerina Natasya; Muhammad Haziq Ziqree dan Putri Aryana Umaira.

Seorang lagi mangsa adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.- nasionalkini.my

Agong berkenan rasmi pusat kesihatan dan rehabilitasi WQ Park

Capture0025 86

“Saya akan meletakkan jawatan pada penghujung tahun ini” – Norza