BERA, 28 Julai – Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak dari usia muda.
Ia akan menjadikan mereka lebih hargai nikmat kemerdekaan dikecapi negara sejak 66 tahun lalu.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sabariah Saidan berkata, program bulan kemerdekaan dan kembara merdeka Jalur Gemilang adalah antara usaha untuk memastikan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terus segar.
Beliau sempat meluangkan masa menyantuni masyarakat yang hadir pada program berkenaan di Dewan Batu Papan, dekat sini, pagi tadi.
Sabariah turut menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna sempena program terbabit.- nasionalkini.my