BERA, 14 Mac – Majlis Kebajikan Negeri Pahang (MAKPEN) menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan.
Majlis penyampaian sumbangan diadakan di D’Tebing Bidara, dekat Guai, Bera.
“Semua penerima adalah dari DUN Guai.
“Semoga ia dapat meringankan beban perbelanjaan mereka sepanjang Ramadan,” kata Sabariah.
Dia juga merakam ucapan terima kasih kepada MAKPEN dan kerajaan Pahang kerana sentiasa cakna dengan kesukaran dihadapi penduduk yang memerlukan.- nasionalkini.my