in

“Saya akan meletakkan jawatan pada penghujung tahun ini” – Norza

Capture0025 86
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – “Saya juga mahu buat pengumuman hari ini bahawa saya akan meletakkan jawatan pada penghujung tahun ini.”

Itu pengumuman mengejut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria apabila mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya itu pada hujung tahun ini.

Berita Harian melaporkan, keputusan itu menyaksikan Norza bakal mengosongkan kerusi nombor satu badan induk berkenaan lebih awal berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 seperti yang diumumkannya pada 15 Julai lalu.

Norza berkata keputusan itu dibuat selepas beliau sudah mempunyai beberapa nama calon yang berpotensi bagi menggantikan tempatnya menerajui BAM.

“Bagaimanapun, saya sudah ada beberapa nama yang berpotensi (ambil alih jawatan) dan nama-nama berkenaan sudah diserahkan kepada ahli majlis. Kenapa perlu tunggu jika sudah ada calon berpotensi,” katanya ketika sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Norza turut menjelaskan keputusannya itu tiada kaitan dengan kemelut yang melanda antara badan induk itu dengan Datuk Misbun Sidek yang ditamatkan kontraknya lebih awal berbanding kontrak asal yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini. – nasionalkini.my

Waris mangsa tragedi kepala air terima cek sumbangan kerajaan Pahang

Screenshot 2023 08 02 201237

Polis tahan lapan lelaki dipercayai terlibat kes gaduh depan restoran