in

Sabariah belum penat berkhidmat untuk rakyat Pahang

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan

KUANTAN, 5 Julai – Melakukan kunjungan dan menyantuni mereka memerlukan bantuan sudah menjadi rutin Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Guai tidak pernah menganggap program ziarah kasih dan menyantuni penduduk dalam kesulitan adalah satu beban.

“Sejak dulu lagi saya sudah biasa dengan program turun padang, bertemu mata dengan orang ramai.

“Cuma ketika itu saya hanya aktif di sekitar daerah Bera dan sebagai Ketua Wanita Bahagian Bera, program seumpama itu memang boleh dikatakan sepanjang masa dilakukan,” katanya.

Tugas menziarahi dan menyantuni masyarakat sudah sebati dengan Sabariah sejak dulu lagi

Sabariah memaklumkan tanggungjawab dipikul sejak dipilih sebagai Exco Kerajaan Pahang menjadi pelengkap kepada semangatnya yang ingin membantu masyarakat.

“Kepercayaan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah satu amanah dan saya cuba lakukan yang terbaik daripada sebelum ini,” katanya.

Semalam, beliau meluangkan masa menyantuni ibu tunggal yang menghidap penyakit kencing manis kronik, Zarina Ali di Sungai Isap, dekat Kuantan.

Sabariah meluangkan masa mengunjungi Zarina Ali yang menghidap penyakit kencing manis kronik di Sungai Isap, Kuantan

Zarina kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

“Anak perempuan Zarina juga menghidap penyakit buah pinggang manakala anak lelakinya pula dikesan menghidap penyakit misteri.

“Kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh kita salurkan kepada keluarga ini,” ujarnya.

Beliau kemudiannya meluangkan masa menziarahi Mamat Mat Diah yang diserang angin ahmar di Jalan Bukit Ubi, di sini.

Mamat Mat Diah yang diserang angin ahmar turut dikunjungi Sabariah semalam

Sejurus selesai menziarahi Mamat, Sabariah melawat pesakit kanser payu dara, Nabila Badrul Hisham yang menetap di Jalan Tok Sira.

Malam tadi pula, Sabariah turut meluangkan masa mengiringi Wan Rosdy di Masjid Ubudiyyah FELDA Lepar Hilir 3 bagi urusan pengebumian tujuh sekeluarga yang terbabit dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu.

Sabariah turut hadir mengiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Masjid Ubudiyyah FELDA Lepar Hilir 3 malam tadi

“Padat (jadual) tapi saya cuba untuk berjumpa dengan seramai mungkin orang ramai yang memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri Pahang,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230705 WA0074

Sebaran mesej tambahan bantuan STR RM600 palsu

IMG 20230705 WA0014

Keluarga Azizah penyeri Blok 4 Felda Lepar Hilir 3