KUANTAN, 10 Julai – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM250,000 kepada Pusat Anyaman dan Kraf Cherating bagi menjadikannya sebagai Pusat Pengembangan Ekonomi Wanita negeri ini.
Pusat ini dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita Pahang.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, usaha dilaksanakan KEMAS Pahang itu bagi memastikan pengoperasian Pusat Anyaman dan Kraf Cherating dapat diteruskan.

“Kita sangat berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana sejak sekian lama mengusahakan Kelas Pendidikan Kemahiran Kesejahteraan Keluarga di Pusat Anyaman dan Kraf Cherating untuk memperkasa peranan kaum wanita dari aspek ekonomi, kesihatan dan sosial yang seimbang.
“Setinggi-tinggi tahniah juga kepada KEMAS Negeri Pahang kerana berjaya menghimpunkan usahawan – usahawan KEMAS dari seluruh negeri Pahang di program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) peringkat KEMAS Negeri Pahang.
Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.
Ahmad Kamal turut berharap peruntukan itu dapat memberi manfaat lebih ramai kumpulan sasar menerima manfaat daripada peruntukan yang disediakan.- nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN