in ,

Jenazah tujuh sekeluarga selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3

WhatsApp Image 2023 07 04 at 10.21.40 PM
Jenazah tujuh beranak yang ditemukan mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu, selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

OLEH: AD Zafir

KUANTAN, 4 Julai – Jenazah tujuh beranak yang ditemukan mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu, selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, dekat sini, kira-kira pukul 10.02 malam tadi.

Kesemua jenazah yang sudah dikenalpasti itu ialah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Kesemua jenazah telah dibawa secara berasingan dengan menaiki tujuh buah van jenazah.

Tujuh sekeluarga itu disembahyangkan terlebih dahulu di Masjid Ubuddiyah Felda Lepar Hilir 3 sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3.

Dua buah Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu, mengiringi kesemua jenazah berkenaan.

Dianggarkan kira-kira 300 orang terdiri dari ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk Felda hadir menyambut ketibaan kesemua jenazah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu namun hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan terbabit.

Sementara itu, dua lagi mangsa belum ditemukan iaitu Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. – nasionalkini.my

Ahmad Faizal Azumu Bersatu

Bersatu dakwa UMNO dan DAP hanya berlakon untuk terima antara sama lain

Operasi CIQ Johor makin cekap