in

Sebaran mesej tambahan bantuan STR RM600 palsu

IMG 20230705 WA0074

Adam Aariz

PUTRAJAYA, 5 Julai: Kementerian Kewangan menasihatkan pengguna agar tidak terpedaya dengan mesej palsu di Aplikasi WhatsApp yang memaklumkan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600.

“Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut kementerian itu menerusi hebahan di Facebook rasminya.

Kementerian itu memaklumkan STR Fasa 3 sudah pun disalurkan pada 26 Jun lalu, manakala bagi rayuan, tempoh permohonan sudah dibuka pada 3 Julai hingga 31 Julai ini.

“Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),” katanya.

Sila layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat sah dan tepat. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 05 at 4.24.16 PM 1

Nama pegawai JPN minta bayaran sudah dikenal pasti, kata menteri

Sabariah belum penat berkhidmat untuk rakyat Pahang