MACHANG, 20 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi pembekalan air bersih di Kelantan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bermula tahun ini.
“Ia sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peruntukan akan dilakukan secara tatakelola terus, manakala dari segi operasi kita serahkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya, lapor BH.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Mesra Aidilfitri anjuran FELCRA Berhad di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. – nasionalkini.my