in

Ahli BN perlu undi PH di Johor

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

ROMPIN, 27 Ogos – Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini berkata penjelasan secara proaktif sedang dilakukan bagi menerangkan kepada ahli parti untuk mengundi calon PH pada dua PRK di Johor, 9 September ini.

Beliau berkata, keperluan mengundi calon PH pada PRK itu berdasarkan kerjasama BN-PH dan penjelasan dimulakan sejak sebelum hari penamaan calon, manakala tindakan susulan akan dilakukan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Saya yakin dengan bantuan kepimpinan bahagian di seluruh Johor untuk menjelaskan perkara ini (keperluan mengundi calon PH).

“Pengundi kita juga tidak harus keliru dan Menteri Besar Johor beritahu akan ada latihan untuk ‘hardcore’ pengundi BN belajar mengundi PH.

“Ini akan dibuat di peringkat lokaliti dan pusat daerah mengundi dan telah dimulakan semalam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Biogas Kilang Sawit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di Loji Biogas Ulu Keratong, di sini hari ini, lapor BH.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa ditanya langkah BN bagi memastikan pengundi BN, khususnya warga emas, sedar mereka perlu memangkah calon PH, selain tidak keliru jika tidak melihat lambang ‘dacing’ pada kertas undi.- nasionalkini.my

johor transformed

Johor larang aktiviti kempen politik di masjid

Guna kerusi roda bantu pelajar teroka dunia