in

Kanak-kanak maut kereta jatuh gaung

IMG 20230520 WA0016
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung dalam kejadian awal pagi tadi - Gambar oleh Bomba Pahang

ROMPIN, 20 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung di Lebuhraya Bahau–Keratong, dekat Bandar 15 Melati, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa iaitu pemandu serta dua penumpang lelaki termasuk seorang lagi kanak-kanak cedera.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Raziq Ramli dari FELDA Keratong 6, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata lapan anggota termasuk dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

“Komander operasi melaporkan kereta jenis Perodua Myvi terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter dan terdapat empat mangsa di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, lapor BH.

Katanya, pasukan bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa yang meninggal dunia ke atas sebelum menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. – nasionalkini.my

20230508 005226

Tindakan tolak rayuan LYNAS dipengaruhi emosi

IMG 20230520 134402 6 x 4 inch

RM1 bilion untuk selesai masalah air Kelantan