in

Ratcliffe masih ‘bernafsu’ untuk beli MU

Pemilik Ineos, Jim Ratcliffe disenaraikan sebagai individu kedua terkaya di United Kingdom - Gambar oleh Agensi

LONDON, 20 Mei – Pemilik Ineos, Jim Ratcliffe yang dalam bidaan membeli Manchester United, tersenarai sebagai lelaki kedua terkaya di United Kingdom.

Ratcliffe, 70, dilaporkan sedang mendahului Sheikh Jassim dari Qatar bagi mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris itu daripada keluarga Glazer.

Sheikh Jassim meningkatkan bidaannya pada saat akhir untuk mengatasi tawaran Ratcliffe, namun bidaan usahawan British itu dilihat lebih menarik oleh United.

Nilai kekayaan Ratcliffe dilaporkan meningkat sepanjang 12 bulan lalu, menurut Senarai Kekayaan Sunday Times 2023.

Pada tahun lalu, dia sekadar menghuni tangga ke-27, tetapi melonjak ke tangga kedua dengan penambahan 23.61 bilion pound (RM133.37 bilion) kepada asetnya.

Dengan nilai kekayaan pada 29.69 bilion pound (RM167.71 bilion), Ratclifee hanya ketinggalan di belakang keluarga Hinduja. – nasionalkini.my

RM1 bilion untuk selesai masalah air Kelantan

Agong, Permaisuri berkenan terima ijazah kehormat PhD UIAM