in

Ahmad Zahid kembali bertugas

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 1 Disember – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID pada jam 9 pagi tadi.

Ahmad Zahid adalah antara Jemaah Menteri yang menyertai Perdana Menteri mendaftar Digital ID – platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad.

“Ya, Datuk Seri kembali bertugas,” kata seorang pegawai Ahmad Zahid kepada Bernama.

Pada 19 November lalu, anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 Disember.

Ahmad Zahid dalam hantaran di laman sosial miliknya pada 23 November berkata beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.— nasionalkini.my

Kerajaan amal ‘politik rimba’, dakwa Tuan Ibrahim

BERSATU masih perlu khidmat Muhyiddin