in

BN Kelantan hantar 155 nama calon

20230605 141648
Gambar hiasan

KOTA BHARU, 2 Julai – Barisan Nasional (BN) Kelantan menghantar sebanyak 155 nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Zawawi Othman, berkata ia membabitkan tujuh nama bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Daripada jumlah berkenaan, kita menampilkan 70 hingga 80 peratus sebagai calon baharu dan seterusnya bergantung kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya.

“Calon baharu ini pula kebanyakan adalah golongan muda yang melebihi 50 peratus daripada keseluruhan calon yang akan bertanding.

“Kita mengemukakan calon muda kerana mahu memberi peluang kepada mereka untuk bertanding sekali gus memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan rakyat,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, nama calon yang dihantar itu, kebanyakan adalah golongan muda yang mempunyai kebolehan dan dikenali serta boleh diterima di kawasan mereka.

Pada masa sama, turut ditampilkan lapan nama calon wanita untuk dipertimbangkan selain memberi peluang kepada golongan wanita.

Media sebelum ini melaporkan, pembahagian kerusi bagi PRN Kelantan memutuskan 14 kerusi akan ditandingi calon Pakatan Harapan (PH) dan 31 kerusi lagi untuk calon BN.

Pengagihan kerusi itu dibuat menerusi satu mesyuarat dan setakat ini, urusan berkaitan perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230702 101347 800 x 500 pixel

Nenek 106 tahun menang 3 pingat emas

IMG 20230702 112741 800 x 500 pixel

Pejabat Timbalan Menteri KPDN korban 20 lembu, kambing