in

Nenek 106 tahun menang 3 pingat emas

Rambai mengambil bahagian dalam acara larian 100 dan 200 meter lain acara lontar peluru - Gambar oleh Agensi

DEHRADUN, 2 Julai – Seorang wanita membuktikan usia hanyalah angka dengan menempa kejayaan luar biasa, pada usianya 106 tahun.

Dia merangkul tiga pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Olahraga Kebangsaan ke-18 diadakan di Dehradun, India, baru-baru ini.

Pelari pecut dikenali sebagai Rambai, dari sebuah perkampungan kecil, Kadma, Charkhi Dadri di Haryana itu, merangkul tiga pingat emas acara larian 100 meter, 200 meter dan lontar peluru.

Dia yang juga dikenali sebagai Dadi Cool mengalahkan lima peserta lain bagi kategori 85 tahun dan ke atas.

Rambai menunjukkan tiga pingat emas dimenangi dalam kejohanan olahraga baru-baru ini – Gambar oleh Agensi

Selepas memenangi pertandingan itu, cucu perempuannya menawarkan diri mengurut kaki warga emas itu, namun dia menolak dengan baik dan memaklumkan mungkin orang lain lebih memerlukan sebelum berlalu pergi sambil meraikan kejayaannya dengan rakan lain.

Selain merangkul pingat emas, Rambai juga berjaya mencipta rekod dunia yang dicapai beberapa tahun lalu untuk acara larian 100 meter bagi kategori 85 tahun ke atas.

Rambai yang bekerja di sebuah ladang pertanian milik keluarganya, mendapat inspirasi terbabit dalam bidang sukan pada 2016 selepas melihat atlet dari Punjab, Man Kaur menjadi berita utama selepas memenangi emas dan mencipta rekod dunia dalam acara pecut 100 meter di Sukan Masters Amerika di Vancouver, pada usia 100 tahun. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Banjir kilat tak halang ibadah korban

20230605 141648

BN Kelantan hantar 155 nama calon