KUANTAN, 12 Ogos – Hampir semua pemimpin parti dan calon bertanding bagi pilihan raya negeri (PRN) selesai menunaikan tanggungjawab mereka pagi tadi.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selesai mengundi kira-kira jam 8.04 pagi di Pusat Pembuangan Undi (PPU) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering, Jertih, Besut.

Presiden GERAKAN yang juga calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga, Tanjung Bungah jam 8.27 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin mengundi sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di SJK (C) Chung Hua, Pekan Rantau.

Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga Calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bersama isterinya, Datin Hasmani Husain pula selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji sekitar jam 8 pagi.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang bertanding bagi kerusi DUN Lembah Jaya pula mengakui penat berkempen dan meminta pengundi tunaikan hak mereka.

Dia selesai mengundi jam 8 pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.- nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN