in

Pejabat Timbalan Menteri KPDN korban 20 lembu, kambing

Program diadakan di Pantai Sepat itu dilakukan secara gotong-royong membabitkan pejabat Timbalan Menteri KPDN serta penduduk setempat

KUANTAN, 2 Julai – Program Korban Perdana anjuran bersama pejabat Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diadakan semalam.

Program itu diadakan di Pantai Sepat, dekat sini.

Sebanyak 20 lembu dan kambing dikorbankan pada program itu

Program korban perdana itu membabitkan 20 lembu dan kambing melalui sumbangan pejabat Timbalan Menteri KPDN dan penduduk sekitar yang mengambil bahagian.

Sembilan daripadanya sebagai ibadah korban, tiga kambing pula bagi akikah manakala selebihnya untuk diagihkan kepada asnaf dan orang ramai.

Program itu dihadiri Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh dan pimpinan masyarakat dari Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, Rompin dan Maran.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh turut hadir pada program yang diadakan di Pantai Sepat, semalam

Selain mengagihkan daging korban, program turut menyediakan makan tengah hari kepada semua peserta secara bergotong-royong.

Hidangan gulai kawah turut disediakan bagi menjamu selera peserta program korban perdana

Turut diraikan pada program itu adalah seramai 50 penerima sumbangan Rahmah daripada KPDN yang disampaikan oleh Fuziah. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230605 141648

BN Kelantan hantar 155 nama calon

Sungai Melaka Fasa 2 jadi pusat latihan sukan air