SHAH ALAM, 13 Ogos – Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 11 malam ini seramai 14 calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) gagal memperoleh mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Setakat ini, semua calon daripada parti itu kalah di tangan dua parti gabungan besar, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) serta Perikatan Nasional (PN), lapor BH.
Parti MUDA mempertaruhkan 14 calon di DUN Kuala Kubu Baharu, Taman Templer, Bukit Antarabangsa, Pandan Indah, Dusun Tua, Seri Serdang, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Gasing, Bandar Utama, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sentosa dan Sungai Kandis.
Selain MUDA, dua parti lain yang bertanding di Selangor dan gagal memenangi sebarang kerusi adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
PRM dan PSM masing-masing mempertaruhkan lapan dan empat calon dalam PRN kali ini.
Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan sejumlah 147 calon bagi merebut 56 kerusi DUN.- nasionalkini.my