in

JKNP siasat kematian kanak-kanak OKU

dr nor azimi
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Azimi Yunus

KUANTAN, 17 Julai  – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memberi jaminan akan melakukan siasatan dan tindakan lanjut berhubung isu seorang wanita mendakwa sebuah klinik kesihatan di Bentong gagal mengesan tanda awal masalah anaknya yang meninggal dunia hari ini.

 Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pesakit yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berumur dua tahun enam bulan dengan penyakit lewat perkembangan global (GDD) dan Congenital Laryngomalacia masih dalam siasatan.

“Pesakit telah dibawa oleh waris ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut pada 12 Julai jam 11.30 pagi dengan gejala cirit-birit sejak 11 Julai.

lurah bilut
Pesakit telah dibawa oleh waris ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut pada 12 Julai lalu

“Berdasarkan dokumentasi di klinik didapati pemeriksaan fizikal adalah normal dan tiada tanda-tanda pesakit mengalami dehidrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata, kanak-kanak itu telah dibenarkan pulang dengan rawatan ketika itu tetapi waris telah membawa pesakit ke klinik swasta pada hari yang sama dan diberi surat rujukan ke hospital. 

“Pesakit kemudian didapati kritikal dan seterusnya dirujuk ke NICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada hari yang sama. 

“Namun, selepas 5 hari rawatan didapati keadaan pesakit semakin kritikal dan telah telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Nor Azimi menambah  punca kematian kanak-kanak yang berusia dua tahun enam bulan itumasih dalam siasatan.

“Jabatan ini akan membuat siasatan dan mengambil tindakan lanjut. JKNP sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan perubatan kepada pesakit terjamin,” katanya.

Terdahulu, status seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tular di media sosial, meluahkan rasa marah dan terkilan terhadap rawatan diterima anaknya di sebuah fasiliti kesihatan kerajaan di Bentong. – nasionalkini.my

menara

Kerana mahu lebarkan jalan, menara masjid di Iraq berusia 330 tahun diroboh

DSV

DSV mahu berguru dengan TMJ  timba ilmu bola sepak