in

Bintai Kinden jalankan siasatan dalaman terhadap pengarah, aktiviti dagangan

WhatsApp Image 2023 05 24 at 17.58.43

KUALA LUMPUR 24 Mei – Bintai Kinden Corp Bhd. akan memulakan siasatan dalaman terhadap ‘beberapa pengarah’ dan aktiviti perdagangan syarikat itu, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, pakar perkhidmatan elektrikal dan mekanikal itu tidak menyatakan secara khusus pengarah yang bakal dikenakan siasatan.

Menerusi makluman berkenaan, kumpulan itu berkata, pihak ketiga telah dilantik untuk menjalankan siasatan berkenaan supaya ia dapat dikendalikan secara saksama dan adil.

“Matlamat syarikat adalah untuk memastikan siasatan ini tidak memihak dan teliti. Syarikat ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan itu diambil serius dengan pandangan untuk menegakkan nilai syarikat, melindungi kepentingan pemegang saham kami dan integriti pasaran.

“Skop siasatan ini merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, memeriksa dagangan saham yang tidak dibenarkan, kemungkinan berlaku dagangan membabitkan orang dalaman, penglibatan pengarah lain atau bekas setiausaha syarikat, dan keberkesanan keseluruhan kawalan tadbir urus korporat kami,” jelasnya.

Namun, Bintai Kinden memberi jaminan bahawa syarikat akan meneruskan operasi perniagaan seperti biasa di bawah bimbingan dan penyeliaan pengarah dan pasukan pengurusan sedia ada.

“Pengumuman selanjutnya mengenai penemuan dan sebarang perkembangan penting berkaitan siasatan ini, akan dibuat kepada Bursa Malaysia selaras dengan kewajipan pendedahan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Pada 29 Mac lalu, Bintai Kinden tergelincir dalam klasifikasi Nota Amalan 17 (PN17) yang menyaksikan harga sahamnya jatuh di bawah paras terendah pada 3.5 sen.

Ia berikutan anak syarikatnya, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) ingkar terhadap kemudahan pembiayaan bernilai RM109 juta membabitkan pembinaan penginapan kampus pelajar Universiti Melaka (Unimel).

Pertengahan bulan ini, lembaga pengarah kumpulan juga berdepan rombakan besar-besaran susulan peletakan jawatan tiga pengarahnya.

Noor Azri Datuk Seri Azerai meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif atas sebab peribadi dan komitmen masanya terhadap syarikat-syarikat lain. Beliau yang berusia 24 tahun memegang jawatan itu pada 23 Julai 2021 ketika berusia 22 tahun.

Selain itu, Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas Bintai Kinden, Datuk Ibrahim Othman dan Timbalan Pengerusi/Naib Bukan Eksekutif, Ong Choon Lui turut meletakkan jawatan atas sebab peribadi.

Dalam penutupan petang ini, harga saham Bintai Kinden susut 9.09% atau 0.05 sen kepada 5 sen sesaham. – nasionalkini.my

349131205 630326608702290 7692306769202708128 n

Bekas pegawai tentera terharu terima kunjungan Sultan Ibrahim

242966344 411467627216493 8261552727616567612 n

Kerajaan Terengganu mohon maaf tangguh bayaran i-Perantau