KOTA BHARU, 17 Julai – Datuk Seri Vida menyuarakan hasrat untuk berguru dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi mendalami ilmu berkait pengurusan bola sepak moden hari ini.
Jutawan kelahiran Kelantan atau nama penuhnya Hasmiza Othman berharap anakanda sulung Sultan Johor itu sudi berkongsi ilmu berkait dengan pengurusan pasukan bola sepak.
“Kejayaan TMJ membangunkan pasukan JDT wajar dijadikan sebagai contoh buat saya selaku orang baharu dalam bola sepak dan langkah itu antara salah usaha memperkukuhkan ‘ilmu’ sebelum mengambil alih Kelantan FC.
“Sebelum ini saya hanya penaja dan situasi itu pastinya berbeza apabila menjadi pemilik pasukan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Katanya bagi membuktikan kesungguhan diri akan ‘terbang’ ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk menonton aksi final Piala FA antara JDT dengan Kuala Lumpur City.
Pada masa sama beliau juga mahu melihat dan melawat segala fasiliti yang ada di stadium berkenaan.
DSV sehingga kini masih kekal dengan pendiriannya mahu mengambil alih TRW sambil menyifatkan tindakan dilakukan berikutan jiwa masih kuat kepada kampung halamannya di kelantan.
“Saya kekal dengan keputusan untuk mengambil alih TRW dan segala rundingan masih lagi berjalan. – nasionalkini.my