in

PDRM selesai siasat Tun M berhubung isu hina institusi raja

tun M 1
Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini.

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung penghinaan terhadap institusi diraja telah selesai dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu pula masih dalam siasatan bagi rakaman percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya siasatan polis terhadap bekas ahli Parlimen Langkawi berhubung proklamasi orang Melayu masih peringkat siasatan.

Ia termasuk membabitkan proses rakaman percakapan Abdul Hadi serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir dirakam percakapan oleh PDRM susulan kenyataan mengenai institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.

Siasatan berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dilakukan di Yayasan Albukhary, kira-kira 10.30 pagi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 1

Erdogan angkat sumpah Presiden Turkiye, jangka umum barisan menteri Kabinet

haniff 1 1

Perlembagaan Persekutuan tak ditulis dalam bahasa Melayu