in

Kerana mahu lebarkan jalan, menara masjid di Iraq berusia 330 tahun diroboh

menara
Tindakan merobohkan menara masjid berusia 300 tahun di bandar Basra di selatan Iraq untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran jalan telah mencetus kemarahan pelbagai pihak.

BASRA, 17 Julai – Tindakan merobohkan menara masjid berusia 300 tahun di bandar Basra di selatan Iraq untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran jalan telah  mencetus kemarahan penduduk tempatan, pihak berkuasa agama dan budaya yang menyifatkan perbuatan itu sebagai penghakisan warisan budaya Iraq.

Gabenor Basra Asaad Al Eidani, mempertahankan keputusan yang dibuat sambil menjelaskan pihaknya telah memberi kebenaran pihak tertentu untuk memindahkan menara berkenaan namun tidak diendahkan.

Bagaimanapun, Assad memberi jaminan akan menggantikan semula sebuah masjid baharu yang sama sebagai ganti terhadap tindakan perobohan berkenaan.

Sementara itu,  pegawai wakaf dan barang antik Muslim Sunni berkata, sepatutnya menara yang dibina pada tahun 1727 dan memiliki menara Siraji setinggi 11 meter itu dipelihara dan dipindahkan, bukannya dimusnahkan.

malah seorang penduduk yang emnyaksikan kerja-kerja perobohan itu melahirkan rasa sayu dengan tindakan kerajaan.

dia melahirkan rasa pelik kerana warisan yang meninggalkan kesan sejarah yang tinggi itu dirobohkan semata-mata membawa pembangunan ke negara tersebut.

Menteri Kebudayaan Iraq, Ahmed al-Badrani juga senada dan berkata tidak memberi kebenaran untuk memusnahkan Menara Masjid Siraji.

Kementerian kini akan berusaha untuk memulihkan dan memelihara masjid itu dengan membina semula model, sama seperti dilakukan dengan masjid Al-Nuri di Mosul yang diletupkan oleh Islamic State (IS) pada 2017. – Agensi

WhatsApp Image 2023 07 17 at 9.04.58 PM

Bukan lagi kelab kampungan, Newcastle United kini miliki kemudahan terbaik dunia

dr nor azimi

JKNP siasat kematian kanak-kanak OKU