in

Risiko COVID-19 masih ada

Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge

COPENHAGEN, 28 Jun – Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah memberi amaran bahawa risiko COVID-19 masih belum hilang dan mendakwa kira-kira 1,000 kematian pada setiap minggu direkodkan.

Badan kesihatan global pada awal Mei lalu mengumumkan wabak COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai kecemasan kesihatan global.

“Walaupun ia mungkin bukan kecemasan kesihatan awam global, COVID-19 masih belum hilang.

“Hampir 1,000 kematian baharu COVID-19 terus direkodkan di seluruh eropah pada setiap minggu,” kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge kepada AFP.

WHO pada awal Mei lalu mengumumkan wabak COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai kecemasan kesihatan global – Gambar oleh AFP

Hans juga menggesa pihak berkuasa untuk memastikan liputan vaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus kepada kumpulan mereka yang berisiko.

Beliau turut memaklumkan anggaran menunjukkan bahawa satu daripada 30 orang atau kira-kira 36 juta orang di Eropah mengalami ‘Long COVID’ dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Badan kesihatan berkenaan juga menggesa kewaspadaan dalam menghadapi kebangkitan semula wabak cacar monyet selepas merekodkan 22 kes baharu di seluruh Eropah pada Mei serta kesan kesihatan gelombang haba. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

tingkatan 6

Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 diumum Isnin, semakan boleh dilakukan secara dalam talian

Op Lancar mula hari ini