in ,

Individu tegar merokok dikompaun RM41,250

IMG 20230526 WA0029
Ngwe Hee Sem (tengah) melihat kompaun dikeluarkan kepada pelanggan sebuah restoran di Bukit Beruang dalam operasi malam tadi.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 26 Mei – Biarpun pelbagai kempen kesedaran sudah dilakukan, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada segelintir golongan perokok tegar apabila terus menjadikan tabiat merokok di kedai makan.

Itu yang dapat disaksikan apabila 150 kompaun bernilai RM41,250 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam operasi bersepadu selama dua hari berakhir malam tadi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, daripada jumlah itu, golongan muda adalah paling ramai dikompaun selain sembilan pemilik kedai makanan yang tidak melarang pelanggan merokok di premis mereka.

“Hasil operasi malam ini, kita dapati masih ramai pelanggan di kedai makan terutamanya golongan muda tidak mengendahkan amaran larangan merokok di kawasan larangan.

“JKNM terpaksa mengambil tindakan tegas mengeluarkan 150 kompaun keseluruhannya berjumlah RM41,250 dalam operasi selama dua hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Operasi Khas Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di sekitar Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini malam tadi.

Hadir sama, Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, operasi malam tadi turut ditumpukan kepada pemilik premis yang tidak mematuhi peraturan larangan merokok.

“Apa yang dikesalkan, ada pemilik premis yang tidak mempedulikan pelanggan mereka merokok di premis mereka yang sudah diwartakan kawasan larangan merokok.

“Dalam operasi dua hari ini, pemeriksaan dilakukan di 80 buah premis melibatkan 49 restoran, 23 kedai makan, tujuh gerai dan sebuah premis menjual rokok elektronik,” katanya.

Tambahnya, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak RM204,100 nilai kompaun dikutip daripada 886 notis yang dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kawasan larangan. – nasionalkini.my

IMG 20230526 WA0023

Pegawai operasi didakwa rompak, pukul warga emas guna senjata

scam phone1 1665551071

Gagal bergelar ‘datuk seri’, rugi RM571,000