KUANTAN, 17 Julai – Memorandum persefahaman (MoU) antara PERDIM dan Olylife 131 Group baru-baru ini, bakal mencipta sejarah tersendiri.
Ini kerana buat julung kali produk menggunakan teknologi dari Jerman itu dapat digunakan secara lebih meluas dan selamat oleh rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan Olylife 131 Group, Damien Lim berkata, sebelum ini produk syarikat terbabit hanya boleh dinikmati pengguna di negara jiran.
“Syarikat OlyLife memiliki lima produk yang sudah memasuki pasaran dunia… dan sekitar 86 negara sudah menerima pakai produk kami.
“Antara negara yang sudah menguji keberkesanan produk Olylife adalah Amerika Syarikat, England, Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan rantau Asia.
“Produk yang menggunakan teknologi PEMF kombinasi Teraherzt ini diakui berkesan mengurangkan kebergantungan pesakit terhadap ubat-ubatan dalam merawat penyakit seperti kencing manis, serangan angin ahmar dan obesiti,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Olylife 131 Group, Datuk Hisham Abdullah berkata, syarikat berkenaan sudah memiliki pejabat urusan di Indonesia, Singapura san Thailand.
Katanya, perancangan sedang dibuat untuk membuka pejabat di Taiwan, Filipina, Hong Kong dan Vietnam dalam masa terdekat.
“Kita mendapat sambutan sangat menggalakkan di Indonesia sebelum ini dan Olylife melihat ruang masih terbuka untuk memperkenalkan produk sama di Malaysia.
“Sudah tentu sambutan baik dan kerjasama ditunjukkan PERDIM dalam menjayakan proses ini akan memudahkan lagi Olylife dalam membawa inovasi baru dunia perubatan ke pasaran tempatan,” katanya.
Antara produk Olylife yang paling mendapat sambutan hangat adalah ‘Olylife THZ Tera P-90’ atau lebih dikenali sebagai peralatan terapi kaki.
Produk itu sangat mudah digunakan dengan hanya meluangkan masa selama 30 minit setiap pagi dan sebelum tidur.
OlyLife THz Tera-P90 dan Tera-P90+Plus mengguna prinsip Medan Electromagnetic Berpulsa (PEMF) dengan kombinasi resonan antara gelombang Teraherzt dan ia umpama pengecas untuk sel manusia.
Bermula dari tapak kaki ke seluruh tubuh badan, ia akan membekalkan tenaga biologi dan membolehkan tubuh detox dari dalam ke luar.
Hisham menjelaskan, teknologi ini juga disahkan selamat untuk pelbagai peringkat usia, dari tujuh tahun dan ke atas.
“Pergerakan darah akan lebih lancar dan mampu meningkatkan keupayan sel organ berfungsi dengan lebih bagus.
“Ia akan mengurangkan kesan diabetes, strok, otot lemah selain sakit saraf,” katanya. – nasionalkini.my