in ,

Warga emas bersyukur ada anak angkat sudi urus keperluan

anak muda
kamri menunjukkan kesan sakit belakang yang dialami sejak tahun 2020 dan bersyukur anak angkat sudi menjaga dan mengurus diri dan isterinya. Foto: Kosmo

JOHOR BAHRU, 8 Ogos – Sepasang suami isteri bersyukur apabila kasih sayang yang dicurahkan selama ini ‘berbalas’ apabila anak angkatnya yang dijaga sejak kecil sanggup mengurus segala keperluan selepas menghidapi pelbagai penyakit.

Kamri Doryat, 64, berkata, kesihatannya merosot selepas disahkan mengalami masalah paru-paru tersumbat kronik (COPD) dan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Malah, isterinya, Faridah Jamal, 65, pula menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

Kini hidup mereka bergantung kepada Nur Ikmal, 24, dan anak muda itulah yang akan menyediakan segala kelengkapan mereka suami isteri sebelum keluar bekerja.

“Alhamdulillah, dia sentiasa ada di sisi memberi perhatian terhadap kami dan banyak membantu ketika proses penyembuhan secara berperingkat sehinggalah kami mampu mengurus diri sendiri.

Pasangan berkenaan sebelum ini mempunyai seorang anak namun meninggal dunia pada usia empat tahun.

“Tidak lama selepas pemergiannya, kami telah menjadikan Nur Ikmal sebagai anak angkat,” katanya seperti dipetik kosmo, hari ini.

Menurut Kamri, rutin harian anak angkatnya itu akan menguruskan segala keperluannga sebelum keluar bekerja.

Sementara itu, Nur Ikmal berkata, semua yang dilakukan adalah Ikhlas memandangkan ibu bapa angkatnya telah menjaga dan memberi ksaih saying sejak kecil lagi.

Katanya sepanjang dia keluar bekerja sepupunya yang tinggal berhampiran akan menghantar makanan kepada ibu dan ayahnya.

“Pasangan suami isteri membesarkan saya sejak kecil dan kasih sayang yang dicurahkan tak berbelah bahagi, saya tak akan lupakan jasa mereka berdua.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi di talian 011-2755 7646 atau menghulurkan bantuan ke akaun Kamri Doryat, 0110029853370199 (Bank Simpanan Nasional). – nasionalkini.my

/////DAMSYIK, 8 Ogos – Sekurang-kurangnya, empat tentera Syria terkorban dalam serangan peluru berpandu Israel berhampiran ibu negara Syria Damsyik.

Agensi berita rasmi SANA memetik sumber tentera sebagai berkata, serangan itu berlaku pagi Isnin.

musuh Israel melakukan serangan udara dari arah Golan Syria yang diduduki, menyasarkan kawasan di sekitar Damsyik.

“Serangan itu membunuh empat askar dan mencederakan empat yang lain,” katanya.

Agensi itu juga melaporkan beberapa kerosakan material dan berkata, pertahanan udara Syria telah memintas beberapa peluru berpandu Israel.

Tiada komen segera daripada Israel berhubung serangan itu.

Israel telah bertahun-tahun melakukan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria.

Pengaruh Iran telah berkembang di Syria sejak negara itu mula menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang bermula pada 2011.

muhyiddin 1

Muhyiddin ingatkan pengundi tunai tanggungjawab, tidak terlalu yakin

kp pahang

Wanita rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket kerja sambilan