in

Aplikasi kesihatan mental percuma dedah risiko kecurian data peribadi

Tinjauan menunjukkan 79 peratus rakyat Malaysia memilih aplikasi kesihatan mental percuma berbanding alternatif berbayar - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Lapan daripada 10 rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi kesihatan mental termasuk mengenai kesuburan seseorang dan orientasi seksual, secara percuma terdedah kepada risiko pencabulan hak peribadi oleh pihak ketiga.

Kajian dijalankan syarikat keselamatan siber, NordVPN mendapati, 90 peratus rakyat negara ini menggunakan teknologi untuk menyokong kesihatan emosi mereka, dengan tiga orang atau 31 peratus menggunakan telefon pintar mereka untuk bersenam.

Selain itu, 36 peratus lagi digunakan bertujuan mengesan corak tidur manakala 32 peratus lagi untuk mengetahui jumlah air diminum.

Pakar keselamatan siber NordVPN, Adrianus Warmenhoven, berkata menyimpan maklumat sensitif ini dalam aplikasi percuma yang kurang selamat sebenarnya adalah berisiko.

“Dalam tinjauan itu, lebih separuh pengguna aplikasi kesihatan Malaysia memberikan maklumat kesihatan kepada aplikasi itu seperti tekanan darah, tabiat makan, berat badan dan keadaan perubatan,” katanya lapor BH.

Katanya, ia juga menyimpan data berkaitan kesihatan mental seperti mood, tabiat dan juga pemikiran.

Tinjauan menunjukkan 79 peratus rakyat Malaysia memilih aplikasi kesihatan mental percuma berbanding alternatif berbayar – Gambar hiasan

Warmenhoven berkata, 90 peratus aplikasi kesihatan mental tidak memenuhi standard privasi minimum berdasarkan laporan dikeluarkan.

Tambahnya, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini turut mendenda platform penjagaan kesihatan digital BetterHelp sebanyak AS$7.8 juta (RM35.17 juta) apabila didapati bersalah, berkongsi data peribadi pengguna dengan pihak ketiga seperti firma pemasaran dan syarikat insurans.

“Isu terbesar kita lihat ialah hanya satu perlima daripada responden tinjauan di Malaysia mengambil berat tentang dasar enkripsi semasa memilih aplikasi kesihatan mental.

“Ini bermakna kebanyakan pengguna tidak tahu di mana data mereka mungkin berakhir atau bagaimana ia boleh digunakan terhadap mereka,” katanya lagi.

Kata Warmenhoven, tinjauan menunjukkan bahawa 79 peratus rakyat Malaysia masih memilih aplikasi kesihatan mental percuma berbanding alternatif berbayar.

“Apabila maklumat ini dijual kepada pengiklan dan broker data termasuk topik seperti kesuburan, penyakit mental dan orientasi seksual, ia amat membimbangkan.

“Data seperti ini boleh digunakan untuk mencipta profil pengguna terperinci mengandungi maklumat sensitif yang berpotensi digunakan untuk mendiskriminasi seseorang atau mengecualikan mereka, seperti menghalang mereka mendapatkan insurans atau peluang pekerjaan berdasarkan kesihatan fizikal atau mental mereka,” katanya.- nasionalkini.my

qabin

Keahlian Qabin lulus selepas 2 hari hantar borang

kanun

Taufan Khanun di Taiwan : Sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan