in ,

Gagal bergelar ‘datuk seri’, rugi RM571,000

scam phone1 1665551071

OLEH: Arman Dhani Zafir

KUANTAN: Hasrat seorang warga emas untuk bergelar ‘Datuk Seri’ tidak kesampaian apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa itu berusia 63 tahun juga merupakan seorang kontraktor.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai Datuk Pegelola Bijaya Istana Pahang menawarkan pemberian anugerah kebesaran negeri Pahang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

“Mangsa mendapat panggilan telefon daripada suspek sekitar pertengahan Februari lepas, memberitahu
bahawa mempunyai enam kuota anugerah kebesaran tersebut.

“Dengan itu, untuk mendapatkannya mangsa dimaklumkan membuat sumbangan bagi program-program istana.

“Mangsa berminat dengan tawaran yang dinyatakan dan turut mempelawa empat lagi kenalannya untuk turut serta mendapatkan gelaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata Yahaya, sehingga Mei lalu, suspek telah meminta mangsa melaksanakan beberapa sumbangan, kononnya kepada pihak Istana Negeri Pahang yang telah menganjurkan pelbagai program.

“Mangsa telah melakukan kira-kira 32 transaksi kepada lima akaun bank yang berbeza sehingga keseluruhannya berjumlah RM571,000.00.

“Sumber kewangan yang disampaikan tersebut bukan sahaja daripada wang simpanan mangsa malah hasil dari kutipan wang sumbangan rakan-rakannya.

“Setelah mendapati dirinya telah terpedaya dengan tawaran berikut, mangsa segera membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu, Yahaya berkata, orang ramai yang menerima panggilan meragukan perlu segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. nasionalkini.my

IMG 20230526 WA0029

Individu tegar merokok dikompaun RM41,250

IMG 20230526 WA0032

Penjual roti mengaku salah cederakan isteri