in

MAF14 milik Azhar Sulaiman untuk dijual

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pelakon Azhar Sulaiman mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram yang turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.

“Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan. Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta. Jika anda mafia sejati, tefelonlah kalau berani,” tulisnya ringkas, lapor Kosmo.

Pelakon utama filem Abang 92 itu turut berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilik.

Turut disertakan adalah foto kenderaannya, Nissan Murano yang pernah tular tiga tahun lalu disebabkan nombor berkenaan.

Ini disebabkan Azhar yang juga arkitek pernah berkongsi gambarnya memperbaharui lesen kenderaan yang bernombor plat MAF14 itu.

Sementara itu, menerusi ruangan komen dalam hantaran terbaru, ramai pengikut mendakwa kerap melihat kereta yang menggunakan nombor berkenaan.

“Hari-hari nampak kat Penchala, TTDI, Sambal Ijo, jaga-jaga Behar (Abang Azhar), kami memerhati,” kata netizen.

Malah ada yang secara bergurau ingin melakukan sistem barter dengan konsep tukar suka sama suka.

“Tukar banglo TTDI plus motor Yamaha Nouvo. Kalau on maklum,” tulis pengguna akaun lain.- nasionalkini.my

Pesakit batuk kokol perlu kuarantin

perkeso

Tragedi Elmina: Keluarga mangsa terima PERKESO