in

Ekspedisi solo Kenari masuk Laos

IMG 20240520 011904 800 x 500 pixel 1
Gambar ihsan Facebook Jack Voon

KUANTAN, 20 Mei – Selepas seminggu berada di Thailand, Jack Voon akan meneruskan misi dan melintasi sempadan Thailand – Laos, esok.

Jack berkata, ekspedisi itu tertangguh seketika di Thailand kerana menunggu alat ganti kereta Perodua Kenari digunakannya.

“Kereta dah siap ‘upgraded’… esok saya sambung perjalanan ke Laos dan seterusnya ke China,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jack memaklumkan walaupun satu minggu berada di Bangkok, namun dia belum sempat mengunjungi tempat pelancongan.

Gambar ihsan Facebook Jack Voon

“Sibuk untuk aturkan kereta dan juga buat ‘route plan’ untuk perjalanan seturusnya.

“Hari ini baru sempat pergi Phra Borom Maha Ratcha Wang (Istana Besar)untuk ambil gambar.

“Dari pagi kami ( bersama dengan 2 orang pemandu pelancong dari Nepal) berjalan-jalan di Bangkok,” katanya.

Dia turut berkongsi mengenai harga tiket masuk ke Istana Besar untuk pelancong agak mahal sikit berbanding tiket untuk penduduk tempatan. – nasionalkini.my

Kegilaan Zionis makin tidak masuk akal

Guna tabung jihad halang jual aset strategik negara