in

Saran menteri, ahli parlimen saring kesihatan sekali setahun

20230508 092523
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 2 Ogos – Barisan Kabinet dan Ahli Parlimen digalakkan supaya menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan baik.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu juga sekali lagi diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesyuarat Kabinet, pagi tadi.

“Saringan kesihatan berkenaan berkemungkinan akan mula dilaksanakan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan menggerakkan petugas-petugas Kementerian Kesihatan (KKM) ke Parlimen.

“Cadangan (saringan kesihatan) itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul) tempoh hari dan jawatankuasa ANMS (Agenda Nasional Malaysia Sihat) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi),” katanya ketika ditemui media selepas sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2023 di sini hari ini, lapor KOSMO.

Terdahulu menerusi ucapannya, Zaliha berkata, KKM terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjaga menerusi Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW.

“Program ini merupakan platform dalam menyuntik advokasi kesihatan dan mempersiapkan warga kerja KKM ke arah tahap kesihatan yang terbaik demi meneruskan perjuangan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara,” katanya.- nasionalkini.my

Sarjan pecah masuk stor bahan bukti ditahan

KPDN perkenal baja Rahmah tidak lama lagi