TAIPEI, 3 Ogos – Semua sesi persekolahan di bahagian utara pulau termasuk Taipei ditutup berikutan Taufan Khanun yang dijangka melepasi amaran banjir serta angin kencang.
Taufan Khanun yang dikategorikan biro cuaca Taiwan di tahap kedua terkuat kini menuju ke arah pantai timur laut negaranya dengan kelajuan angin maksimum 209 kilometer sejam.
Ribut itu turut membadai destinasi pelancongan popular di Jepun, Okinawa menyebabkan bekalan elektrik lebih 200,000 isi rumah terputus dan mengakibatkan satu nyawa terkorban, semalam.
Bandar utara termasuk New Taipei, Keelung, Yilan dan ibu negara juga menutup operadi perniagaan serta sesi sekolah, hari ini.
Malah, hampir 30 penerbangan domestik dan antarabangsa juga telah dibatalkan, selain perkhidmatan feri juga ditangguhkan hari ini.
Menurut kementerian pertahanan, pusat tindak balas kecemasan telah ditubuhkan kerajaan Pusat selain ratusan anggota tentera dikerahkan bersiap sedia di bandar-bandar utara. – Agensi