in

DBKL sita empat premis hiburan

dbkl
Anggota penguat kuasa DBKL menjalankan operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) Siri 11/2023, malam tadi. Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan empat premis hiburan terdiri daripada restoran dan pub tutup selepas didapati menjalankan aktiviti tanpa sebarang kebenaran dan kelulusan.

Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) Siri 11/2023 di Jalan Vista Mutiara Kepong, Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota Setapak dan Jalan U-Thant Ampang, di ibu kota, malam tadi.

Hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguat kuasa DBKL di empat premis perniagaan hiburan berkenaan mendapati premis terbabit turut mengadakan aktiviti hiburan membabitkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan.

“Tindakan penutupan (sealed) serta merta terhadap empat empat premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 8 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik atau DJ) tanpa kebenaran.

Selain itu, DBKL juga mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 terhadap premis yang didapati melantik pembantu tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.

Sitaan berkenaan membabitkan 38 pelbagai peralatan muzik di empat premis terbabit turut dilaksanakan dan barangan itu kemudiannya dihantar ke Setor Sitaan DBKL Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

“Barangan sitaan terdiri daripada power amp, television, mixer sound, mixer light controller, digital mixing console, mic stand, DJ spinner, speaker, monitor, mic, komputer riba dan lain-lain.

“Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar ibu kota,” katanya. – nasionalkinimy

7 mangsa nahas Elmina layak terima pampasan PERKESO

kedah 2

Nahas Elmina: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga Muhamad Hafiz