in

Ahmad Samsuri angkat sumpah MB Terengganu penggal kedua

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua hari ini.

Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Syarqiyyah di Chendering di sini, jam 3.18 petang tadi.

Selain pelantikan Ahmad Samsuri, Sultan Mizan turut memperkenan pelantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri termasuk seorang yang mewakili BERSATU, lapor BH.

Ahmad Samsuri, 53, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu dilantik semula ke jawatan itu selepas PN memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS kali pertama dilantik Menteri Besar Terengganu pada 10 Mei 2018 selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Terengganu.- nasionalkini.my

subsidi tiket rm 300

Pelajar UA terima terima baucar digital RM300 untuk beli tiket penerbangan

Nassuruddin MB baharu Kelantan