in

‘Saya bakal PM baharu Thailand’ – Pita Limjaroenrat

WhatsApp Image 2023 05 18 at 9.13.24 PM
Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat

BANGKOK, 18 Mei – Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat memberi jaminan  diangkat sebagai  Perdana Menteri Thailand yang baharu selepas parti yang dipimpinnya memperoleh kedudukan selesa pada Pilihan Raya Parlimen Thailand, Ahad lalu.

Namun impian tersebut  hanya dapat direalisasikan sekiranya pemimpin berusia 42 tahun itu membentuk kerajaan campuran bersama tujuh sekutu  politiknya.

Ia sekaligus memberikan perikatan tersebut mempunyai 313 daripada 500 kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat.

pita 2
Pita Limjaroenrat (tengah) melambai tangan ke arah media ketika sidang media di Hotal The Okura Prestige Bangkok, hari ini

Selain parti yang dipimpinnya memperoleh 152 kerusi, parti lain termasuklah daripada Pheu Thai dengan 141 kerusi, sembilan kerusi daripada Prachachat, Thai Sang Thai  miliki enam kerusi dan Pue Thai Rumphlang dengan dua kerusi.

Manakala Thai Liberal Party, Fair Party, dan Plung Sungkom Mai masing-masing dengan satu kerusi.

Parti pembangkang ketika ini dilihat berdepan laluan sukar untuk membentuk kerajaan baharu, berikutan Perlembagaan tentera selepas rampasan kuasa 2014.

Usahawan muda berkata, bagi memastikan perikatan itu dapat dilaksanakan dalam membentuk kerajaan, gabungan tersebut akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 22 Mei depan.

“MoU berkenaan akan menggariskan bentuk kerjasama dan agenda dalam membentuk kerajaan bagi memastikan pakatan tersebut teguh dan stabil,” katanya.

Malah, gabungan itu memerlukan 376 undi daripada 750 anggota Dewan Rakyat sebelum melantik perdana menteri dan membentuk kerajaan.

“250 senator yang dilantik tentera mempunyai peranan dalam menentukan pencalonan perdana menteri,” ujarnya. – nasionalkini.my

nigeria2

Mangsa pertempuran di Nigeria meningkat kepada 85 orang