in

Polis Thailand tembak mati dua lelaki bersenjata

PATTANI, 3 Mei- Dua lelaki maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Tungyangsaen, Pattani di selatan Thailand, semalam.

Ketua Polis Tungyangsaen, Kolonel Alam Mekharat, berkata terdahulu polis memperoleh maklumat risikan bahawa terdapat anggota kumpulan bersenjata sedang bersembunyi di Nat Khamis.

Susulan itu, dia berkata, lebih 100 anggota polis dari Pasukan Operasi Khas Wilayah Pattani bertindak mengepung rumah terbabit.

“Usaha berunding dan memujuk mereka supaya menyerah diri telah dilakukan, namun suspek tetap melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor AFP.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang yang berlarutan hingga jam 9 malam itu, beliau berkata, pasukan polis berbalas tembakan dengan dua suspek.

“Apabila tiada lagi tembakan daripada kedua-dua individu itu, polis cuba memasuki rumah terbabit sebelum menemui dua mayat lelaki bersama senjata api di bahagian hadapan rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, dia berkata, polis turut menjumpai dua laras M16, selaras AK-47 serta dua pistol jenis .38 mm dan .9 mm. – nasionalkini.my

20240503 002511 1

Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas

Polis keluar 28 permit ceramah, 25 permit kempen